Wednesday, 9 December 2015

GOLONGAN ANTI HADIS

Pada masa kini, terdapat banyak ideologi pemikiran yang cuba menghancurkan keharmonian dan kesucian aqidah Islam. Hal yang sama telah dilakukan oleh satu golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM). Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Anti Hadis, sesuai dengan fahaman ideologi mereka yang menolak hadis sebagai sumber perundangan kedua dalam Islam selepas Al-Quran.
            Di Malaysia, golongan Anti Hadis dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mengikuti fahaman Dr. Rashad Khalifa. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang penulisan semenjak tahun 1984. Selain penulisan buku, golongan ini juga menyebarkan fahaman mereka melalui forum, ceramah, internet, diskusi dan penulisan artikel.
Kassim Ahmad pernah bergiat aktif dalam bidang politik selama 18 tahun. Akan tetapi, pada tahun 1984 beliau menukar haluan dengan memberikan sepenuh tumpuan pada bidang penulisan. Pemikiran beliau yang menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam dituliskan dalam beberapa karyanya seperti buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik dan Dilema Umat Islam: Antara Hadis dan Al-Quran. Kesemua buku-buku ini telah diwartakan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana dianggap bercanggah dengan akidah Islam yang sebenar.
             Jika dikaji dengan teliti, Kassim Ahmad bukanlah seorang ilmuwan Islam, akan tetapi cuba untuk membahaskan isu aqidah Islam berpandukan akal dan kaedah saintifik. Beliau medakwa bahawa hanya Al-Quran yang layak untuk dijadikan rujukan utama dalam Islam, sedang tugas Nabi hanya sebagai utusan yang menyampaikan risalah tersebut. Selain menolak hadis, beliau juga mengutarakan pemikirannya yang jelas bercanggah dengan akidah Islam seperti menolak kalimah syahadah, memansuhkan kewajipan solat dan pelbagai lagi pemikiran yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
           Akibat terpengaruh dengan buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa, beliau telah bertindak untuk menyebarkan ideologi pemikirannya melalui penulisan buku-buku seperti Hadis: Satu Penilaian Semula, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik dan Dilema Umat Islam: Antara Hadis dan Al-Quran. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menulis beberapa buah artikel di dalam ruangan Berani Kerana Benar dalam akhbar Watan. Golongan Anti Hadis cukup berani dalam menyebarkan ideologi pemikiran mereka dalam bentuk forum, diskusi, media cetak, ceramah dan sebagainya.
            Hal ini mengundang pelbagai respon di kalangan masyarakat, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah. Persoalan yang timbul akibat daripada munculnya satu ideologi baru ini khususnya di Malaysia adalah, kenapa harus meragui kedudukan hadis dalam sistem perundangan Islam sedangkan hadis merupakan sesuatu yang wajib dipercayai? Jawapannya adalah sangat mudah. Hal ini disebabkan Kassim Ahmad tidak mempunyai ilmu dan kelayakan dalam membincangkan persoalan agama. Beliau bukanlah seorang ilmuwan Islam dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dari mana-mana universiti tempatan atau luaran. Dan apabila seseorang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan cuba untuk menghuraikan dan mengutarakan sesuatu pemikiran, maka inilah yang akan terjadi; pemikiran yang sesat namun tidak pernah mengakui kesesatan yang dilakukan.
            Buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang diterbitkan pada tahun 1986 telah diharamkan oleh pihak berkuasa pada tahun yang sama. Maka terdapatlah banyak buku-buku yang diterbitkan bagi membahaskan kesalahan yang terdapat dalam buku tersebut. Akan tetapi, Kassim Ahmad bertindak menerbitkan sebuah buku yang merupakan jawapan kepada para pengkritik buku beliau yang bertajuk Hadis: Jawapan kepada pengkritik pada tahun 1992. Namun begitu, buku ini juga telah diharamkan oleh pihak berkuasa pada tahun 1994. Akan tetapi, usaha pengharaman ke atas buku-buku tulisan Kassim Ahmad masih tidak mampu mematahkan usaha mereka untuk menyebarkan fahaman ideologi mereka. Mereka menggunakan sumber-sumber yang ada bagi meneruskan perjuangan mereka menyebarkan fahaman yang sesat. Sebagai contoh, buku-buku tulisan Kassim Ahmad masih lagi boleh diperolehi secara percuma melalui internet.
        Antara pemikiran yang diutarakan oleh Kassim Ahmad dalam ideologinya adalah beliau menolak kalimah syahadah kedua, menolak selawat ke atas Nabi, memansuhkan kewajipan solat dan menolak kepercayaan kepada qada’ dan qadar dalam rukun iman. Beliau mengatakan bahawa perkara tersebut bercanggah dengan Al-Quran dan ajaran Islam yang sebenar. Perkara ini sangat jelas bercanggah dengan akidah Islam.
            Kassim Ahmad bukanlah individu pertama yang cuba untuk memesongkan aqidah umat Islam. Hakikatnya gerakan ajaran sesat seperti nabi palsu dan sebagainya telah muncul semenjak zaman kehidupan Rasulullah SAW. Tidak hairanlah jika seseorang yang memiliki latar belakang pendidikan seperti Dr. Rashad Khalifa dan Dr. Yusuf Noor juga boleh terjebak dengan isu ajaran sesat. Apatah lagi Kassim Ahmad yang sememangnya tidak memiliki ilmu agama dan bukanlah seorang ilmuwan Islam tetapi cuba untuk membahaskan soal akidah Islam.

Monday, 7 December 2015

BIOGRAPHY OF AVICENNA (Ibnu Sina)

Overview

This study will discover the biographical life of Ibnu Sina including his early life, his education, his journey and his contribution in many fields. He is well known as one of the greatest and famous Muslim scholar of all the time. He is a multi-talented scholar. He is also not only expertise in medical and philosophy, but also expert in physic, metaphysics, logic, mathematics, astronomy and theology. Hopefully, all the young generation today can make a good example of Ibnu Sina in order to seek knowledge and achieves success in life.


Biography


Ibnu Sina, or his real name is Abu Ali Husain Bin Abdullah Ibnu Sina is one of the most greatest Muslim Scholar of all the time. He is known as Avicenna to the West, the translation of his name by Europeanized Hebrew language. Although he is expert in so many fields including psychology, mathematic, physic, chemistry, astronomy and theology, his two major fields in knowledge are medication and philosophy. He is best known as a polymath, as a physician whose major work the Canon (Al-Qanun fi Tibb) continued to be taught as a medical textbook in Europe and in the Islamic world until the early modern period, and as a philosopher whose major The Book of Cure (Kitab As-Shifa’) had a decisive impact upon European scholasticism and especially Thomas Aquinas.
            He was born at 480 A.H/980 A.D in the village of Afshana near Bukhara which is today known as Uzbekistan. He started to learn Holy Quran at the age of 5 and memorized it at the age of 10 years old. His early education is Holy Quran and poetry. Besides that, he’s also loved to learn metaphysic and medical. Because of Ibnu Sina’s remarkable talent, his father employed a private teacher, Abu Abdullah Al-Natali to instruct him in arithmetic, geometry, logic, natural science and astronomy. On the age of 16, he started to learn in many different fields by himself. At 17, he cured Nuh Ibnu Mansur, the King of Bukhara of an illness that all the well-known physician had given up on. For the reward, the King has inaugurated him as the doctor in palace and allowed him to uses the palace library. He used this great opportunity to study and memorize all the rare books that he has never seen before.
            His father was a governor during Samanid Dynasty (819M-1005M). After his father died, he starts his journey to Kwawarazm, Ray, Jurjan and Hamadan in order to seek knowledge. During the reign of Amir Syams Al-Dawlat in Hamadan, he was reinstated as prime minister twice. Because of some political issues, he was fired from his position and jailed for 4 month (414 A.H). During that period of time, he succeeds to write 3 books, one of them is Kitab Al-Hidayat. After that, he was released by Sultan Ala Al-Dawlat and went to Isfahan. He stayed there for 13 years.
            During his period of life, he is regarded as an innovative, devout and believing in religion. He always pray when he faced a certain problem. He used his genius and cleverness to increase the knowledge and make some contribution in it. He died at the age of 58 during his journey back to Hamadan with the king of Isfahan. His body was buried there at 1037 A.D / 480 A.H.

Journey of Life

Picture shows the journey of Avicenna
By age of 21, Ibnu Sina wrote his first collection of books which include Kitab Al-Majmu (The Compendium) on mathematics and science of the day, Kitab Al-Hasil wa Al-Mahsul (The Import and Substance), 20 volumes on jurisprudence, and Kitab Al-Birr wa Al-Ithm (Good Work and Evil) on ethics. Following the death of his father, he left Bukhara for Jurjanjiyah and offered his services to the Kawarizm dynasty.
            In this court, he wrote Kitab Al-Tadaruk li Anwa Al-Khata’ fi Tadbir and Qiyam Al-Ard fi Wasat Al-Sama on mathematics and astronomy, respectively. During this period period, Sultan Mahmud of Ghazna had also gathered in his court many intellectuals and poets including Al-Firdausi, who is considered to be the father of Persian language.
            Unfortunately, Mahmud of Ghazna was filled with envy at the brilliance of men of science like Ibnu Sina at the Khawarizm court and demanded Ibnu Sina’s attendance in his own royal court. However, Ibnu Sina chose to escape to Gurgan and then to Jurjan. At that time, Jurjan was under the rule of of Syams Al-Ma’ali Qabus bin Wasymakir (1012 A.D / 402 A.H). Here, he was joined with his lifetime companion, Abd Al-Wahid Abu Ubaid Al-Juzjani and composed many books namely Kitab Al-Mukhtasar Al-Awsat, Kitab Al-Mabda’ wa Al-Ma’ad, and Al-Arsad Al-Kuliyyah along with chapters which later formed parts of Kitab Al-Najat and Kitab Al-Qanun fi Tibb. Al-Juzjani was his student and his companion, who after the death of Ibnu Sina had made a written biography of his journey in lifetime.
            When Sultan Qabus was killed and caused chaos in the politic administration, Ibnu Sina together with Al-Juzjani moved to Rayy, then to Quzwain and to Hamadan. In Rayy, he treated a prince who suffered melancholia and depression in the palace. Ibnu Sina moved to Quzwain when Sultan Majd Al-Dawlat cannot control his army from rebel. From Quzwain, he moved to Hamadan in 1015 A.D / 405 A.H. There he treated Amir Syams Al-Dawlat from colic and successfully cured the diseased. He had been appointed as prime minister and colleague of the Amir. Unfortunately, the army rebel and detained Ibnu Sina, displeased with his appointment and ask Amir to sentence him to death. However, Amir refused and with the hard heart he asks Ibnu Sina to leave the city. Ibnu Sina hiding himself for 40 days in the house of Abi Said bin Dakhduk. Then, Amir sick again and asked him to come to the palace to do the treatment for the Amir. After being cured, Amir reinstated Ibnu Sina as the prime minister. Ibnu Sina wrote his peripatetic philosophy, Kitab Al-Shifa’ (The Book of The Remedy) and Al-Adawiyat Al-Qalbiyyah (The Remedies of The Heart) while he was burdened with state duties.
            Then in 414 A.H, on the death of Amir Syams Al-Dawlat, his successor offered to keep Ibnu Sina in his post, but he refused. He was jailed because of his action for 4 months. In the detention he finished his writing for Kitab Al-Hidayat. After 4 months, he was released by Sultan Ala’ Al-Dawlat and went to Isfahan. He stayed there for 13 years. During the 13 years of his stay in Isfahan, he composed numerous books including Kitab Al-Najat (The Book of Deliverance) and the Danishnamayi Alai (The Alai Book of Knowledge) which he wrote in Farsi. Ibnu Sina died at the age of 58 while on a journey back to Hamadan where he rest today.

Contribution in Medical and Pharmacology

Ibnu Sina is credited as being the first to correctly document the anatomy of the human eye.
Picture shows Ibnu Sina’s anatomy of the human eye


Picture shows how heart workings in human body



The first correct explanation of pulsation was given by Ibnu Sina, after he refined Galen’s theory of the pulse. Galen’s theory:
            ‘Every part of an artery pulsates simultaneously’ and that the motion of the pulse was due to natural motions (the arteries expanding and contracting naturally) as opposed to forced motions (the heart causing the arteries to either expand or contract).
            Galen’s theory that had been refined by Ibnu Sina:
            ‘Every beat of the pulse comprises two movements and two pauses. Thus, expansion: pause: contraction: pause. The pulse is a movement in the heart and arteries…which takes the form of alternate expansion and contraction’
            Another contribution of Ibnu Sina is that he recognized cancer as a tumor. He noted that ‘cancerous tumor progressively increases in size, is destructive and spreads roots which insinuate themselves amongst the tissue elements’. He discovered about the cancer treatment:

        i.            1.   Found a treatment known as ‘hindiba’
      ii.            2.   A complex medical herb from Ibnu Baytar
    iii.            3.     Another treatment for cancer is surgery
    iv.             4.     He also recommends cauterization method to kill germ.
He     also describes the symptoms and complications of diabetes.

            List of Works

      1.      Al Qanun fi Tibb (Canon on Medicine):
Is a medical encyclopedia that describes pharmacological methods and 760 drugs and became the most authentic medical material of the era. It is the compilation of 5 medical books and has been completed on 1025 M. Originally written in Arabic language, the book later translated into a number of other languages including Persian, Hebrew, Chinese, Latin, Germany, French and English with many commentaries. Sir William Osler[1] said that The Canon has been considered as one of the most influential medical textbook ever written, still used as the main reference in many university in Europe until 1715 M.



[1] Sir William Osler is a Canadian physician and one of the four founding professors of Johns Hopkins Hospital. Frequently described as ‘Father of Modern Medicine’.



      2.      Kitab As-Shifa’ (Book of Healing)
Although the name is Book of Healing, but it’s not a medical book. It is Ibnu Sina’s major work on Science and Philosophy. The book is divided into four parts: logic, natural science, mathematics, and metaphysics.

      3.      Kitab Al-Najat (Book of Salvation)
A summary  of Kitab As Shifa’, consists four parts: logic, physic, and metaphysic, and mathematic by Al Juzjani.

      4.      Al Al Isharat Wa At Tanbihat (Remarks and Admonition)
Consisiting Consisting of logical, physic, and metaphysic. This is the most mature and comprehensive philosophical work of Ibnu Sina. The book is about the treatment of mysticism that may be classified more properly under ethics, than metaphysics. Considered in Sufism sense.

Conclusion


Ibnu Sina is one good example that can be set as a role model in knowledge. He shows us that we should not stop in seeking the knowledge. Travel in one of many ways for us to expand and get new experience that we never had before. His expertise in many different fields is a great ability that we should learn to apply our knowledge in a good way.
            He starts to learn Al-Quran at the age of 5 and memorized it at 10 years old. Not only expert in medicine and philosophy, but also expertise in many different fields including astronomy, geology, metaphysic, physic, poetry and music. He had been through many obstacles in order to become who he is today.
            Many of his works has been reference for many educational purposes. His Canon in Medicine was being a main reference in European university until 1715 M. His philosophical book Kitab As-Shifa’ also had been influenced European scholastic especially Thomas Aquinas. Ibnu Sina is considered as one of greatest Muslim scholar in the Medieval Ages.

Saturday, 1 February 2014

Berzanji dan Qasidah

Berzanji dan Qasidah

Berzanji

Berzanji ialah upacara yang sering dikaitkan dengan unsur keagamaan terutama bagi mereka yang kurang mendalami ilmu agama, khususnya masyarakat yang mendiami kampung-kampung yang kurang terdedah dengan ilmu dan sumber maklumat yang tepat. Ketahuilah bahawa isi kandungan berzanji bukanlah petikan doa-doa dari ayat Al-Quran, jauh sekali kata-kata dari mutiara Hadith. Ianya merupakan untaian syair yang menceritakan tentang kebesaran dan kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Malah sebahagian masyarakat yang sering kali mengadakan upacara berzanji bukanlah atas dasar pengetahuan yang utuh melainkan hanya mengikut budaya orang lain semata, tanpa rasa ingin mencari tahu sama ada ianya bertunjangkan Al-Quran dan Hadith.
            Pengertian berzanji ialah sebuah kitab yang mengandungi koleksi syair karya penyair Abu Jaafar Al Barzanji yang berasal dari negeri Barzanj. Membaca kitab ini tidak ada salahnya, hatta membaca kitab Veda orang hindu atau kitab agama Kristian sekarang. Ia menjadi bersalah apabila mengamalkan ajaran yang bersalah tersebut. Kumpulan sajak puji-pujian yang melampau keatas Rasulullah SAW tidak diketahui dari mana sumbernya. Hal ini dapat difahami kerana Abu Jaafar adalah seorang penyair yang sebelum memeluk Islam adalah penganut Kristian yang sangat mengagungkan Nabi Isa AS. Kitab berzanji bercampur baur dengan kata-kata yang mendewakan Rasulullah SAW sehingga menaikkan taraf Baginda ke tahap yang sama tinggi dengan Allah SWT. Antara petikan syair dalam kitab berzanji ialah :

1 ) “Salam sejahtera ke atasmu wahai penghapus dosa, salam sejahtera untukmu wahai tempat bernaung dan meminta”.
2 ) “ Salam ke atasmu wahai tempat memohon segala hajat”.
3 ) “ Salam ke atasmu wahai penghapus bencana”.

            Berdasarkan beberapa petikan syair yang diambil daripada kitab berzanji, kita dapati Abu Jaafar telah meletakkan Rasulullah SAW ke suatu tahap yang tidak sepatutnya. Hanya Allah SWT yang mampu mengahpuskan dosa hambanya dan kepada-Nya jua lah kita meminta. Nabi Muhammad tidak lain hanyalah sebagai utusan Allah yang menyampaikan risalah dan kebenaran.

Qasidah

            Salah satu hiburan yang terdapat dalam Islam adalah qasidah. Ramai yang beranggapan bahawa qasidah dan nasyid adalah sama. Akan tetapi, qasidah dan nasyid adalah dua hiburan yang berbeza. Sememangnya qasidah tidak seperti nasyid. Terdapat sebahagian nasyid yang apabila dinyanyikan akan membuatkan pendengarnya merasa lalai dek alunan irama dan liriknya yang berkisar tentang cinta sesama manusia. Berbeza dengan qasidah yang mana di permulaannya diawali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang tentunya akan membuatkan pendengarnya merasai keindahan qasidan berbanding nasyid.
           
            Qasidah adalah puji-pujian terhadap Allah SWT mahupun Rasulullah SAW. Qasidah adalah salah satu cara sufi menzahirkan rasa rindu mereka ke atas Allah SWT, Rasulullah SAW, para sahabat Nabi dan wali-wali Allah. Ramai penulis Arab yang berpendapat bahawa orang pertama yang menulis qasidah adalah Al Muhalhal bin Rabiah At Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum kelahiran Nabi. Qasidah kemudiannya semakin berkembang ketika para penyair pra-Islam seperti Umru al Qais, Alqamah dan Ubaid menulis qasidah dan membacakannya di hadapan Kaabah. Bahkan ada sebahagian qasidah yang ditulis oleh Umru al Qais digantung di dinding Kaabah. Setelah kedatangan Islam, seni qasidah semakin berkembang dengan kesyukuran dan puji-pujian keatas Allah dan Rasulullah.
            Seni qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Abbasiyah apabila para penyair Islam seperti al Mutanabbi tidak hanya mencipta syair qasidah, malah mengembangkan ilmu kaedah penulisan qasidah yaitu ilm Arudh. Kemudian pada zaman Mamluk, seorang penyair bernama al Busyiri telah mengarang himpunan qasidah yang dikenali sebagi qasidah burdah. Qasidah ini memuatkan pujian terhadap Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu qasidah yang popular di kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh kitab yang ditulis oleh al Busyiri.

TOKOH ISLAM : Abbas Ibnu Firnas

ABBAS IBNU FIRNAS 

Pengenalan

            Sains dan teknologi merupakan antara aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Hasil pembangunan dalam bidang tersebut telah membuatkan dunia kian pesat membangun berbanding puluhan tahun yang lalu. Inovasi canggih telah membuatkan kehidupan kita semakin mudah. Lebih-lebih lagi, inovasi dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah menyumbang impak yang besar keatas tamadun dunia.
            Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dunia. Tamadun Islam telah melahirkan ribuan ulama’ yang pakar dalam pelbagai bidang seperti falsafah, sains, politik, kesusasteraan, sains sosial, keagamaan dan perubatan. Tambahan pula, kepakaran kaum Muslim dalam bidang ilmu pengetahuan telah menjadi faktor utama kepada zaman kebangkitan Eropah dan menghasilkan satu tamadun yang sangat hebat. Fakta ini juga telah dinyatakan oleh presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam ucapan beliau di Kairo, setelah perlantikannya menjadi presiden Amerika yang ke-44. Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa :
            “Sebagai salah seorang pelajar sejarah, saya juga mengetahui bahawa tamadun dunia terhutang budi kepada Islam. Agama Islam di tempat seperti Universiti Al-Azhar telah membawa cahaya yang menerangi dunia selama beberapa kurun, menunjukkan jalan kepada Eropah untuk bangkit dari Zaman Kegelapan menuju Zaman Kebangkitan. Penglibatan masyarakat Islam juga telah membuatkan manusia menerokai ilmu algebra, menghasilkan kompas magnet dan teori penunjuk jalan, kemahiran kita menggunakan pen dan kertas, dan kemahiran kita tentang penyakit menular dan cara untuk mengubatinya. Tamadun Islam juga telah memberikan kita gerbang yang megah dan menara yang melambung tinggi, nyanyian syair dan muzik yang indah, kesenian dalam tulisan dengan hiasan yang indah. Sepanjang sejarah, Islam telah menunjukkan kewujudan toleransi dalam beragama dan kesamarataan bangsa.”
            Kenyataan Obama membuktikan bahawa orang Barat tidak menafikan peranan tamadun Islam sebagai pemangkin kepada Zaman Kebangkitan Eropah dan Barat. Walau bagaimanapun, konsep memisahkan agama dengan urusan keduniaan yang dilakukan oleh Barat menjadi dua entiti yang berbeza telah menyimpang dari ajaran Islam. Berbeza dengan Islam yang menjadikan agama sebagai asas dalam kemajuan tamadun.

Sejarah Awal Penciptaan Kapal Terbang

Seawal abad ke-9, seorang Muslim bernama Abbas Ibn Firnas telah memulai kajian tentang mesin penerbangan. Ibn Firnas telah berjaya mencipta sebuah mesin terbang yang mampu untuk membuat dirinya terbang seketika di udara. Walaupun mengalami kecederaan yang teruk setelah percubaannya untuk terbang, beliau berjaya menemui teori yang dinamakan “ornithopter” yang dianggap sebagai komponen utama dalam menentukan kestabilan sesebuah mesin penerbangan. Dengan hasil penemuan ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa Wright Brothers yang didakwa sebagai pencipta kapal terbang pertama hanyalah meneruskan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Abbas Ibn Firnas. Hakikatnya, Abbas Ibn Firnas telah menemukan teori penerbangan seribu tahun sebelum Wright Brothers menghasilkan kapal terbang pertama mereka. Teori “ornithopter” inilah yang memberikan inspirasi kepada orang Barat untuk memajukan teknologi penerbangan.
            Terdapat pelbagai artifak peninggalan tamadun yang terdahulu telah ditemui dalam bentuk lukisan yang menunjukkan kebolehan manusia untuk terbang. Bagaimanapun, artifak tersebut dikaitkan dengan unsur mistik, legenda dan kuasa ajaib yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Hasil penciptaan Abbas Ibn Firnas pada abad ke-9 telah berjaya membuktikan bahawa manusia mampu untuk terbang di udara dengan menggunakan jubah yang mempunyai sayap seperti burung untuk menampung berat badan manusia ketika berada di udara. Beliau mendapat ilham dan cetusan idea setelah menghayati kemampuan burung untuk terbang di udara dengan bebas. Abbas Ibn Firnas kemudiannya memulai kajian dengan membuat pakaian daripada sutera dan bulu burung helang, dan memerlukan beliau untuk melompat dari tempat yang tinggi sambil mengepakkan ‘sayapnya’. Ketika umurnya mencecah 65 tahun, beliau telah melakukan percubaannya untuk terbang dihadapan orang ramai di sebuah tempat bernama Jabal Al Arus. Percubaan ini membolehkan beliau untuk terbang bebas di udara selama hampir sepuluh minit sebelum kenderaan beliau terhempas. Lebih malang lagi, beliau telah mengalami kecederaan yang parah di bahagian belakang dan salah satu tulang belakang beliau telah rosak. Kecederaan ini telah membuatkan beliau tidak dapat meneruskan lagi hasil kajiannya. Kemalangan ini disebabkan beliau tidak meletakkan alat untuk memperlahankan kelajuannya ketika mendarat, seperti burung yang menggunakan ekornya untuk mengurangkan kelajuan ketika hendak mendarat.
            Kemudian pada abad ke-17 Masihi, seorang ahli saintis Itali bernama Giovanni Alfonso Borelli mengkaji struktur badan burung[1]. Penulisannya telah menjadi rujukan dalam proses pembinaan kapal terbang pada bad ke-20. Sedang pada hakikatnya, ilmuwan Islam telah pun membuat kajian saintifik mengenai teori penerbangan burung seawal abad ke-9[2]. Dalam kajian ini, pelbagai aspek telah dilibatkan seperti bentuk sayap burung, struktur badan, dan pelbagai jenis bulu sayap. Bagaimanapun, objektif utama mereka melakukan kajian keatas burung pada masa itu bukanlah untuk menghasilkan mesin penerbangan selain untuk membongkar rahsia Allah yang disebutkan dalam ayat suci Al-Quran dalam Surah Al-Mulk ayat 19 yang bermaksud :

            “Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.”

            Ayat di atas menyeru umat manusia untuk memerhatikan burung yang terbang bebas di udara agar manusia mampu mengambil pengajaran dan menghargai kebesaran Allah SWT. Memerhatikan segala sesuatu yang berada di sekeliling kita dengan menggunakan akal kurniaan Allah akan membawa kepada ilmu pengetahuan dan menunjukkan jalan untuk meneroka ilmu yang baru. Sebagai contoh, pemahaman mengenai teori penerbangan burung dan pergerakannya akan membuka satu cabang ilmu baru seperti kandungan udara, penggunaan bahan besi yang ringan untuk industri penerbangan, dan pengiraan saintifik untuk sistem penerbangan sesebuah pesawat. Semua ini adalah sumbangan dari cetusan idea Abbas Ibn Firnas. Bagi beliau, memahami undang-undang semulajadi melalui perantaraan Al-Quran akan membuatkan manusia berada lebih dekat kepada Sang Penciptanya. Bermula daripada pemerhatian tentang alam semulajadi, kajian tentang burung, yang akhirnya mendorong dirinya untuk melakukan uji kaji secara saintifik.

Latar Belakang Abbas Ibn Firnas

            Abbas Ibn Firnas atau nama sebenarnya ialah Abu Al Qasim Abbas Ibn Firnas Ibn Wardus dilahirkan pada kurun ke-9 Masihi di sebuah tempat bernama Ronda[3]. Ronda masa kini adalah kota pelancongan yang terletak di Malaga. Keunikan semulajadi merupakan tarikan utama bandar ini. Ronda adalah sebuah tempat yang berperanan sebagai pusat bandar bahagian selatan Andalusia pada zaman pemerintahan Umayyah. Setelah kedatangan Islam di Andalusia pada tahun 711 Hijrah, banyak pokok yang telah ditanam di sekitar kawasan kota sehingga menyebabkan kepesatan pembangunan.
            Walaupun Abbas Ibn Firnas berasal dari Ronda, beliau akhirnya berhijrah ke Cordova bagi melanjutkan pembelajarannya. Kecintaan beliau terhadap ilmu mendorongnya untuk meninggalkan kampung halamannya. Selain itu, beliau juga telah menjelajah ke Iraq untuk satu jangka masa sebelum kembali ke kampung halamannya[4]. Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa kota Baghdad merupakan pusat tumpuan ilmu, seperti Dar Al Hikmah yang menempatkan puluhan bahkan ribuan ulama Islam, pengkaji ilmu, penulis kitab, penyair, pelukis dan pencipta pelbagai jenis kraf tangan. Di sinilah Ibn Firnas mempelajari pelbagai jenis ilmu seperti astrologi, astronomi, kejuruteraan dan ilmu muzik. Selain berjaya menemui teori ‘ornithopter’, beliau juga berjaya menghasilkan cawan daripada pasir. Pencapaian lainnya yang turut membanggakan umat Islam ialah dengan menghasilkan cara memotong kaca menggunakan batu. Hal ini membuktikan bahawa manusia tidak semestinya memiliki hanya satu kemahiran, tetapi mungkin juga memiliki kemahiran lainnya.
            Abbas Ibn Firnas juga dikenali sebagai seorang penyair yang hebat, akan tetapi penemuan beliau dalam bidang penerbangan telah membuatnya menjadi legenda dan tokoh terkenal. Jubah terbang beliau merupakan hasil penciptaan manusia pertama yang mampu untuk menerbangkan manusia di udara. Sebahagian besar ahli sejarah mengatakan bahawa beliau telah meninggal pada tahun 887 Hijrah di bawah pemerintahan Al Mundhir.



[1] Pulkkinsen, J, 2008
[2] Ahmed Ibn Muhammed,al-Maqari,1840.
[3] Bosworth,C.E,1986,The Encyclopedia of Islam, 1986
[4] Mahayudin Yahaya, 1986

Thursday, 30 January 2014

Seni Kaligrafi Islam (KHAT)

SENI KALIGRAFI ISLAM

Seni kaligrafi atau lebih dikenali sebagai khat merupakan salah satu cabang kesenian dalam Islam. Terdapat pelbagai jenis tulisan khat yang popular dan dikenali oleh setiap penggemar seni di seluruh dunia.


PERTAMA : Khat Kufi
Khat Kufi adalah khat yang paling tua diantara khat yang lain. Gaya ini pertama kali berkembang di Kufah,Irak yang merupakan salah satu kota penting pada zaman peradaban Islam. Diperkenalkan oleh Ibnu Muqlah, khat ini mempunyai struktur yang sangat formal dan kaku namun tetap indah dipandang mata.

KEDUA : Khat Tsuluts


Khat Tsuluts mempunyai bentuk yang fleksibel mengikut kreativiti si penulis. Kerana keindahannya, khat ini banyak dijadikan sebagai hiasan dinding, bangunan mahupun buku.

KETIGA : Khat Nasakh
Khat yang sering digunakan hingga hari ini. Khat ini adalah khat yang paling mudah untuk dibaca dan digunakan untuk menulis Al-Quran dan buku-buku agama.

KEEMPAT : Khat Riq'ah


Khat Riq'ah merupakan hasil pengembangan (upgrade) daripada Khat Nasakh. Khat ini juga mudah dan ringkas untuk ditulis tanpa sebarang hiasan yang berat.

KELIMA : Khat Diwani
Khat ini diperkenalkan oleh Ibrahim Munif yang kemudiannya disempurnakan oleh Syeikh Hamdullah. Pada awalnya, khat ini digunakan sebagai pembukaan (heading) surat rasmi kerajaan. Gaya khat ini bergantung pada kreativiti seseorang kaligrafer.