Berzanji dan Qasidah
Berzanji
Berzanji ialah upacara yang sering
dikaitkan dengan unsur keagamaan terutama bagi mereka yang kurang mendalami
ilmu agama, khususnya masyarakat yang mendiami kampung-kampung yang kurang
terdedah dengan ilmu dan sumber maklumat yang tepat. Ketahuilah bahawa isi
kandungan berzanji bukanlah petikan doa-doa dari ayat Al-Quran, jauh sekali
kata-kata dari mutiara Hadith. Ianya merupakan untaian syair yang menceritakan
tentang kebesaran dan kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Malah sebahagian masyarakat
yang sering kali mengadakan upacara berzanji bukanlah atas dasar pengetahuan
yang utuh melainkan hanya mengikut budaya orang lain semata, tanpa rasa ingin
mencari tahu sama ada ianya bertunjangkan Al-Quran dan Hadith.
Pengertian
berzanji ialah sebuah kitab yang mengandungi koleksi syair karya penyair Abu
Jaafar Al Barzanji yang berasal dari negeri Barzanj. Membaca kitab ini tidak
ada salahnya, hatta membaca kitab Veda orang hindu atau kitab agama Kristian
sekarang. Ia menjadi bersalah apabila mengamalkan ajaran yang bersalah
tersebut. Kumpulan sajak puji-pujian yang melampau keatas Rasulullah SAW tidak
diketahui dari mana sumbernya. Hal ini dapat difahami kerana Abu Jaafar adalah
seorang penyair yang sebelum memeluk Islam adalah penganut Kristian yang sangat
mengagungkan Nabi Isa AS. Kitab berzanji bercampur baur dengan kata-kata yang
mendewakan Rasulullah SAW sehingga menaikkan taraf Baginda ke tahap yang sama
tinggi dengan Allah SWT. Antara petikan syair dalam kitab berzanji ialah :
1 ) “Salam sejahtera ke atasmu wahai penghapus dosa, salam
sejahtera untukmu wahai tempat bernaung dan meminta”.
2 ) “ Salam ke atasmu wahai tempat memohon segala
hajat”.
3 ) “ Salam ke atasmu wahai penghapus bencana”.
Berdasarkan
beberapa petikan syair yang diambil daripada kitab berzanji, kita dapati Abu
Jaafar telah meletakkan Rasulullah SAW ke suatu tahap yang tidak sepatutnya.
Hanya Allah SWT yang mampu mengahpuskan dosa hambanya dan kepada-Nya jua lah
kita meminta. Nabi Muhammad tidak lain hanyalah sebagai utusan Allah yang
menyampaikan risalah dan kebenaran.
Qasidah
Salah
satu hiburan yang terdapat dalam Islam adalah qasidah. Ramai yang beranggapan
bahawa qasidah dan nasyid adalah sama. Akan tetapi, qasidah dan nasyid adalah
dua hiburan yang berbeza. Sememangnya qasidah tidak seperti nasyid. Terdapat
sebahagian nasyid yang apabila dinyanyikan akan membuatkan pendengarnya merasa
lalai dek alunan irama dan liriknya yang berkisar tentang cinta sesama manusia.
Berbeza dengan qasidah yang mana di permulaannya diawali dengan selawat keatas
Nabi Muhammad SAW yang tentunya akan membuatkan pendengarnya merasai keindahan
qasidan berbanding nasyid.
Qasidah
adalah puji-pujian terhadap Allah SWT mahupun Rasulullah SAW. Qasidah adalah
salah satu cara sufi menzahirkan rasa rindu mereka ke atas Allah SWT,
Rasulullah SAW, para sahabat Nabi dan wali-wali Allah. Ramai penulis Arab yang
berpendapat bahawa orang pertama yang menulis qasidah adalah Al Muhalhal bin
Rabiah At Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum kelahiran Nabi. Qasidah
kemudiannya semakin berkembang ketika para penyair pra-Islam seperti Umru al
Qais, Alqamah dan Ubaid menulis qasidah dan membacakannya di hadapan Kaabah.
Bahkan ada sebahagian qasidah yang ditulis oleh Umru al Qais digantung di
dinding Kaabah. Setelah kedatangan Islam, seni qasidah semakin berkembang
dengan kesyukuran dan puji-pujian keatas Allah dan Rasulullah.
Seni qasidah
mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Abbasiyah apabila para penyair
Islam seperti al Mutanabbi tidak hanya mencipta syair qasidah, malah
mengembangkan ilmu kaedah penulisan qasidah yaitu ilm Arudh. Kemudian pada
zaman Mamluk, seorang penyair bernama al Busyiri telah mengarang himpunan
qasidah yang dikenali sebagi qasidah burdah. Qasidah ini memuatkan pujian
terhadap Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu qasidah yang popular di
kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh kitab yang ditulis
oleh al Busyiri.
No comments:
Post a Comment